Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Hari ini saya gunakan Bahasa Melayu untuk menulis rencana ini kerana saya lama tidak menggunakan Bahasa Melayu untuk mengarang.
Pada mulanya, tajuk yang saya hendak bahaskan adalah Sistem Pendidikan di Negara Kita. Kononnya.
Subjek yang kami mendaftar untuk SPM adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Cina
Bahasa English
English in Science and Technology
Matematik
Matematik Tambahan
Biology
Chemistry
Physic
Prinsip Akaun
Pendidikan Moral
Sejarah
Di sini kita dapat lihat, kuantiti subjek yang pelajar wajib ambil adalah 10. Yang selebihnya adalah minat sendiri.
Apabila kuantiti meningkat, kualiti menurun dengan serta-merta. Ini phenomena yang dapat diperhatikan dalam pembelajaran pelajar pada masa kini.
Apakah sebenarnya tujuan kita menduduki peperiksaan? Untuk mendapat A? Untuk pass semata-matanya? Ataupun untuk mematuhi peraturan negara yang menetapkan peperiksaan?
Bukankah menduduki peperiksaan adalah untuk menimba ilmu yang selaras dengan minat masing-masing?
Saya difahamkan bahawa pelajar perlu mendaftar untuk subjek yang sebanyak ini adalah kerana Negara mahu pelajar kita menjadi lebih maju, saintifik, dan dapat menguasai ilmu pengetahuan yang luas serta hendak melahirkan golongan intelek untuk mencapai cabaran globalisasi.
Tetapi pekara ini tidak dapat dicapai oleh pelajar sekalian. Walaupun adanya pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam setiap tahun, tetapi berapakah peratusannya? Adakah 50%, 60%, ataupun 90%? Tidak. Pelajar yang cemerlang hanya mencatatkan peratus yang cuma hampir 10%. (Cuma anggaran)
Oleh itu, memang kuantiti dapat menurunkan kualiti keputusan peperiksaan pelajar. Graf-graf keputusan peperiksaan juga diselaraskan agar pelajar yang lulus atau dapat gred cemerlang adalah dalam peratus yang memuaskan.
Impak daripada masalah ini, pelajar-pelajar tidak dapat hanya fokus kepada satu subjek atau bidang sahaja, sebaliknya, mereka perlu menjaga gred-gred kesemua subjek supaya mendapat keputusan yang stabil dan baik.
Saya percaya Wawasan 2020 dapat dicapai, jikalau pelajar dapat menceburi bidang yang disukai atau diminati daripada kecil lagi. Kerana fokus, boleh menyebabkan pelajar dapat memberikan idea yang bernas lagi kreatif. Ini dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang.
FOKUS, adalah kunci kejayaan. Kita lihat negara-negara dunia pertama, anak-anak mereka hanya fokus kepada satu bidang sahaja, dan faedahnya, mereka merupakan insan yang pro dalam bidang masing-masing. Banyak lagi yang mereka dapat merasai, sama ada perkara itu bagus atau sebaliknya.
Sebagai contoh, saya dapat tahu, seorang anak yang berusia 7 tahun sedang mempelajari bidang politik. Mereka dari kecil lagi telah melatih untuk menjadi seorang pemerintah atau menteri yang matang, berkeyakinan diri dan sentiasa bersikap terbuka. Bak kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya, pepatah ini bukankah yang di sebutkan oleh masyarakat kita sendiri?
Anak-anak merupakan emas kepada sesuatu negara. Mereka terlibat dalam mengisi wawasan negara. Jika kita tidak memberikan ruangan untuk perkembangan anak-anak ini, siapakah yang akan melakukannya?
Sistem pendidikan yang lebih bebas dan bersifat terbuka juga amat penting, kerana dengan ini pelajar barulah boleh menunjukkan potensi masing-masing yang dipedamkan.
Pada asalnya, semua insan adalah genius, iaitu orang yang mempunyai kebolehan akal atau daya cipta yang luar biasa. Tetapi, persekitaran yang tidak membenarkan, kebolehan itu makin mundur dan dipedam seterusnya lenyap bagi selama-lamanya.
Pembaziran baru saja telah berlaku...
Perkembangan mereka dikenakan rintangan yang terlampau.
Sesungguhnya, impian kita iaitu rakyat Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 pasti dapat direalisasikan. Hanya perubahan yang drastik dan langkah-langkah yang dinamis perlu dilaksanakan untuk menjamin anak-anak yang lebih efisien, produktiviti, kreatif dan inovatif. Betul tak kawan-kawan sekalian?
"Malaysia Boleh!!!"
Sesungguhnya,
eDdY
4 comments:
Owei, Eddy...
Future Minister of Education in Malaysia.. ^^
Blame no one for this case. About what you mentioned, let kids be trained for what they'll be in the future, this is more to the American education system.
Malaya were colonised by British decades ago and that's why we're doing what they've been practising since..I dunno when. To change from current education system to the American system isn't something easy. Rome wasn't built in a day after all.
Imagine this: You have a 5-year-old son and you want him to become a football star in the future like Beckham or Ronaldo, so, you send him to football academy and make sure he trains to be one of the best players of his age. It'd be absolutely great/fine if he could be a successful player, playing in the Premier League in England. That's a huge achievement.
But, what if you trained your son for many years until he entered secondary school and realised that he didn't wanna be a football star like what you've trained him for.
Well, there you have the pros and cons of both education system. Anyway, it's good to see you voicing out. Maybe this helps to get better ideas to write in essays. lol. Cheers.
Hi dy..
Never knoe u can write so well in BM.. Probably will do u sum good in BM essay for SPM.. Haha.. GOOD LUCK IN SPM!!
lol... rain loh.. top student come leave comment... haha anyway thanks xtemry much!
Post a Comment