Tuesday, November 18, 2008

Pendidikan Moral

Ok, hari ini saya hendak guna Bahasa Melayu pula untuk mengarang esei.

Petang tadi, calon SPM telah menduduki peperiksaan kertas Pendidikan Moral, saya terfikir sesuatu yang sangat bertentangan dengan mata pelajaran ini iaitu Pendidikan Moral.

Pendidikan Moral, satu subjek yang wajib diambil oleh pelajar bukan Islam yang merupakan warganegara Malaysia.

Maka, apakah tujuan sebenarnya mata pelajaran Pendidikan Moral ini diwajibkan ambil oleh semua pelajar bukan Islam? Adakah selepas menghafalnya boleh menerapkan nilai-nilai itu ke dalam jiwa pelajar? Sebab hendak membentuk pelajar yang lebih berdisiplin? Beretika? Ataupun untuk membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang? Lebih menyayangi keluarga? Cinta akan negara? Kepercayaan kepada Tuhan? Bertanggungjawab? Ataupun, sanggup berkorban untuk negara? Tidak munasabah.

Yang manakah satu yang BENAR-BENAR betul? Tidak ada satu pun kan?

Saya difahamkan bahawa pelajar menghafal Nilai-nilai tersebut adalah kerana hendak mendapat gred A dalam Pendidikan Moral. Mendapat A?

Saya sangat tidak bersetuju untuk menilai GRED Moral dengan hanya bertulis dalam peperiksaan.
Kita tengok adakah kata-kata ini benar sekali:

"Maka, jikalau seorang pelajar yang nakal, tidak membuat kerja rumah, ponteng sekolah, memarahi ibubapa, meninggikan suara, membakar rumah orang, mencuri Kapal Terbang Tentera Udara, mencuri barangan kemas, menembak polis, bertumbuk-tumbukan, membunuh cikgu dan menipu.

TETAPI! Dengan hanya menggunakan SATU JAM sahaja untuk menghafal Nilai-Nilai Moral KBSM dengan sekali gus, dia juga boleh mendapat GRED A dalam mata pelajaran ini seperti pelajar-pelajar lain yang sahsiahnya memang baik. Tidak ada bezanyakan?"

Oleh itu, macam mana untuk berdefinisikan Pendidikan Moral ini? Mata Pelajaran yang BERsahaja-sahajaN? Ataupun ketidak-tidakkan?

Ok, saya tidak cakap tentang pelajar. Kita alih ke skop yang lebih luas.
Nilai KEADILAN. Adakah keadilan yang tulen? Kami, orang-orang yang mengambil Pendidikan Moral, macam tidak adapun sedikit keistimewaan pun. Dan, adakah Perlembagaan ada mengatakan bahawa orang tidak istimewa ini tidak boleh menjadi pemimpin negara?

Kami macam sampah sarap yang dibuang-buangkan ke sini-sana. Tetapi, mahupun kami adalah sampah, tetapi, kami sampah yang berwibawa, mempunyai Nilai KERAJINAN iaitu, usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melaksanakan segala tugas ataupun perkara. Siapa yang menjadi pengemis? Kawan saya? Tidak ada se se pun?

Kami tetap hidup dengan baik dan gembira tanpa mengira istimewa ataupun sebaliknya.

Haha, negara demokrasi.

MENURUT CABARAN WAWASAN 2020 YANG KETIGA:
MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT DEMOKRATIK YANG MATANG.

Sememangnya tidak akan menjadi REALITI, tetapi cuma MIMPI yang indah sekali.
Kami macam dipermainkan, semacam-macam dan sesuka-suka hati-hati nya tanpa mempedulikan bersampah-sampah yang kami
. ^^ Tak munasabah langsung.
Siapa yang menggubalkan hukum-hukum Pendidikan Moral ini? NAHHHHHHH!!!

Patut letak lagi satu Nilai iaitu :
MENILAI DIRI DAHULU-HULU SEBELUM MEMBAHARUKAN ORANG LAIN

Eh, Nilai KEBEBASAN BERSUARA:
Kebebasan untuk berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman.

Saya tidak boleh cakap banyak. Nanti......

JADI, APAKAH SEBENARNYA TUJUAN PENDIDIKAN MORAL???



Orang yang bermoralkah?
eDdy


p/s:
Saya berasa bersyukur........
Kerana saya hidup dengan aman damai tanpa peperangan.

3 comments:

Anonymous said...

dear orang yang menulis blog..
saya seorang guru yang mengajar subjek pendidikan moral. tidak semestinya sekiranya anda boleh menghafal semua nilai,definisi dan kata kunci anda boleh skor A dlm SPM.Pend Moral juga ada kertas 2 di mana penilaian sahsiah dan kerja amal dilakukan. Pend Moral bertujuan untuk membantu membentuk pelajar namun sekiranya pelajar itu sendiri yg tidak mahu dan tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan kita tak boleh nak salahkan subjek itu sendiri.kami guru pend moral ialah manusia bukannya malaikat atau Tuhan yang boleh mengubah seseorang, kami cuma boleh membimbing dan mendidik sahaja. hope your perception about this subject boleh berubah. tq.

orang yang bijak akan berfikir sebelum bertindak, manakala orang jahil akan bertindak sebelum berfikir.

renung-renungkan.

Anonymous said...

Lebih baik bernilai sedikit daripada tiada nilai langsung bah. Walaupun subjek Pendidikan Moral ini selalu dipertikaikan namun bagi saya yang pernah mempelajari subjek ini dan mengikuti proses pembelajarannya sepanjang masa persekolahan saya tau di mana letaknya nilai dan harga bagi subjek ini. Subjek inilah yang telah banyak menyumbang pembentukan sahsiah diri bagi saya dan segenap lapisan pelajar yang telah mengambil subjek ini di sekolah. X perlu memperkotak katikkan subjek P. Moral bah kawan. Nilainya sama jak dengan ajaran-ajaran agama yang ada d dunia ni. Bila agama mengajar tentang kebaikan, maka subjek PM sedaya upaya membantu dalam menerapkan nilai-nilai moral dalam diri seseorang individu. Di dunia ni, tiada yang wujud kalo bukan utk kebaikan @ keburukan. Pasti ada sesuatu d sebalik kewujudannya. Justeru, dalam mana2 bidang sekalipun yang ada di sekolah atau universiti, kalo proses P&P dan pengamalannya tidak berlandaskan nilai-nilai moral......saya percaya, dunia ni pasti akan kiamat lebih cepat dari usia tuanya..Terpulang pada individu jak utk menilai sejauh mana kebaikan sesuatu perkara terhadap dirinya.

eDdY said...

saya tidak mengatakan bahawa kita harus membatalkan pendidikan moral dalam pembelajaran.
Tetapi, saya cuma berharap pendidikan moral boleh menilai pelajar bukan sahaja dengan mendapat A dalam kertas SPM. Bolehlah kita membahagikan markah markah P.Moral kepada 2, iaitu sahsiah pelajar, sikap pelajar yang di sekolah dan satu lagi ialah kertas SPM.
Kerana walaupun orang yang begitu buruk sekali, dengan hanya menghafal beberapa kata kunci, dia boleh mendapat gred A. Tetapi, orang yang baik hati, rajin, bertolak-ansur dan bersopan-santun, kalaulah dia tidak baik dalam penghafalan, maka, dia tidak dapatlah A yang mencerminkan sikap dia yang baik itu.

Tidaklah, P.Moral buruk sangat, cuma gred yang diberikan, bukannya menilai sikap pelajar, tetapi, kebijaksanaan pelajar untuk menghafal. Bolehlah menerap ke dalam jiwa pelajar, berapakah pelajar yang membaca P.Moral bukan hanya untuk A?